Terima kasih kepada Ainol kerana memberi peluang kepada aku untuk menambahkan pengalaman dengan tag along bersama beliau. Ini adalah tag along aku yang pertama bersama beliau. Sama-sama lah kita berkongsi pengalaman & ilmu yang ada
Gambar ini diambil ketika kesempatan aku mengujungi Bukit Melawati, Kuala Selangor yang terkenal dengan nilai sejarahnya. Ramai pengunjung yang datang ke sana ketika hujung minggu dan hari cuti
Di atas bukit itu tersergam sebuah rumah api serta terdapat tarikan hidupan liar seperti lotong dan juga kera yang jinak.